Mathematics World With ICT (Part II)
12 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 11 Jan 2020, Pusat Internet Gong Kulim telah mengadakan satu kelas Matematik bersama ICT Part II dengan pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Kulim yang juga merupakan ahli PIM Gong Kulim. Kelas tersebut dihadiri seramai 11 orang peserta dan berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 6.00 petang. Didalam kelas ini, para peserta diajar bahagian asas subjek Matematik oleh Pengurus PIM Gong Kulim dan seterusnya peserta diajar bagaimana untuk menggunakan Microsoft Excell untuk pengiraan Matematik.
Dengan adanya kelas-kelas seperti ini dapat membantu para peserta mengisi masa cuti sekolah mereka dengan perkara yang berfaedah dan bermanfaat. Mereka juga dapat pendedahan bagaimana untuk menggunakan Microsoft Word dengan betul di masa hadapan. Selain itu, dengan adanya kelas seperti ini adalah dapat melahirkan lebih ramai golongan muda yang celik ICT dan juga dapat mengelakkan mereka daripada salahguna kemudahan internet dan juga ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: